Rabu, 11 Disember 2013

Plan Lantai Kelas Tadika Inspira Permata


Persekitaran tadika inspira permata menyediakan ruang yang selesa, menarik dan kemas untuk membantu merangsang proses pengajaran dam pembelajaran kanak-kanak. Ruang perssekitaran tadika dibahagikan kepada dua, iaitu ruang dalam bangunan dan luar bangunan. Ruang dalam bangunan meliputi ruang  bilik darjah, penyediaan makanan(dapur) dan bilik air.

Ruang bilik darjah yang akan termasuklah saiz kelas, pusat-pusat pembelajaran, jenis perabut, lantai, warna dinding,  jumlah pencahayaan dan bilangan tingkap. Kesemua faktor tersebut mempengaruhi kebolehan pembelajaran kanak-kanak. Ruang luar bangunan pula adalah persekitaran luar bilik darjah termasuklah:

Ø  Pusat mainan pasir
Ø  Pusat permainan luar
Ø  Pusat peliharaan haiwan
Ø  Pusat tanaman

Ruang dalam bilik darjah tadika inspira permata dibahagikan kepada pusat pembelaharan tertentu bagi membolehkan:
  1.   Kanak-kanak nampak lebih jelas pilihan ruang bagi menjalankan aktiviti tertentu. Contohnya, pusat estetika dan daya kreatif bagi menjalankan aktiviti seni dan kraf.
  2.  Pusat tersebut boleh digunakan bagi mempamerkan dan menyimpan alatan yang bersesuaian. Contohnya, alat perrmainan blok disimpan di rak pusat manipulatif.
  3.  Kanak-kanak dapat memilih ruang kegemaran mereka semasa mereka menjalankan aktiviti bebas.
ruang untuk belajar yang selesa

Pusat pembelajaran yang ada dalam kelas tadika inspira permata ialah:
v Pusat bahasa
v Pusat manipulatif
v Pusat dramatik
v Pusat seni dan kreatif
v Pusat kognitif
v Pusat teknologi
v Pusat perbualan pagi.


Sudut bahasa

Ia merangkumi pusat bacaan dan bercerita. Sudut  bahasa di kelas tadika inspira permata  penting kerana :
1.     Meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi kanak-kanak
2.     Berinteraksi dengan bahan bacaan, bahan bergambar dan bahan bercetak.
3.     Menambahkan perbendaharaan kata dan mengukuhkan kemahiran bahasa.
4.      Memupuk minat membaca dan sayangkan buku.

Peralatan yang diperlukan untuk sudut  bahasa kelas prasekolah adalah :
       i.            Rak buku untuk buku cerita, buku bergambar, buku besar, buku bersiri dan ensiklopedia.

     ii.            Kad bacaan seperti kad huruf, kad sukukata, kad perkataan, kad cantum, kad imbasan dan kad bergambar.




Sudut sains dan teknologi.

Sudut sains kadangkala dipanggil sudut penerokaan tempat di mana kanak-kanak meneroka, membuat penemuan, menilai dan membuat keputusan tentang bahan dan peralatan. setiap kanak-kanak boleh membuat penemuan. Sediakan alatan dan bahan yang sesuai yang akan membolehkan mereka membuat percubaan. Alatan tidak perlu yang canggih, contohnya dengan alat seperti kanta pembesar kanak-kanak boleh memerhatikan air, bayang-bayang, matahari, langit, bumi dan membuat penemuan sendiri selepas pemerhatian. Contoh alat untuk sudut sains ialah:
·        Alat pengukur seperti pembaris, peta, timbang, penimbang berat badan, sudu besar atau kecil, cawan atau sudu pengukur dan alat mengukur suhu.
·        Alat-alat lain seperti kanta pembesar, alat mudah (seperti roda, skru, spring), bateri, tembikar, mangkuk, jam, glob, cermin, kompas, teropong, lampu picit, telefon dan akuarium.

Sudut dramatik.


Sudut dramatika biasanya mempunyai dapur bersaiz kanak-kanak, peralatan seperti kuali, periuk, peti sejuk, mop, penyapu, sudu dan garpu, pinggan dan mangkuk, dan juga telefon. Peralatan tambahan pula biasanya pakaian, anak patung, dan cermin. Kotak props disediakan untuk membolehkan kanak-kanak mengembangkan aktiviti kerjaya. Semasa mengumpul bahan untuk kotak props perlu diingat bahan matematik dan literasi, props binaan, tiket dan duit olok-olok disusun atau disimpan dengan baik .



Pusat Kognitif dan Manipulatif


Pusat Kognitif penting kerana ia dapat meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak  dan menyokong pembelajaran matematik melalui aktiviti pra-matematik dan pengukuran. Selain itu, ia berfungsi untuk menyokong pembelajaran asas sains melalui aktiviti pengelasan, perbandingan, pemerhatian dan eksperimen. Peralatan yang diperlukan adalah kanta pembesar, teropong, kitaran hidup haiwan.




Pusat Manipulatif di kelas tadika inspira permata berfungsi sebagai meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak, meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan diri dan menggalakkan kanak-kanak bekerja dalam kumpulan. Ini disebabkan kanak-kanak akan sibuk bergerak dn berinteraksi ketika menjalankan aktiviti di pusat ini. Antara peralatan yang diperlukan oleh pusat ini ialah blok yang pelbagai bentuk, papan aktiviti, manik mengira, peralatan dapur, puzzle dan rak menyimpan barang.






1 ulasan:

  1. saya sangat suka dengan bentuk plan susunan ruang khas untuk pelajar.. ianya cukup membantu saya dalam menyiapkan projek dengan ilham2 melalui penerangan serta contoh gambar tersebut. Terima kasih!

    BalasPadam

Copyright© All Rights Reserved Tadika Inspira Permata Edited by Caersasuke