Rabu, 11 Disember 2013

Pengenalan


Pengenalan
Tadika kami menyediakan perkhidmatan didikan dan bimbingan kepada kanak-kanak dalam merealisasikan matlamat tadika ini serta tujuan ibu bapa menghantar anak mereka ke tadika ini. Antara faktor yang membawa kepada penubuhan tadika ini ialah memenuhi permintaan negara terhadap kanak-kanak yang berkualiti untuk menjadi pembangun negara pada masa hadapan. Oleh itu, penubuhan tadika ini merupakan satu proses untuk menyahut seruan negara dalaam melahirkan generasi yang bijak.

Logo/Lencana Tadika Inspira  


                                 Definisi logo

  • 'berakhlak, berilmu, dan kreatif' membawa maksud iltizam warga pendidik untuk membentuk salsiah diri murid.
  • warna biru: melambangkan ikatan perpaduan yang harmoni, aman damai dan sentosa biarpun warganya berbilang kaum.
  • lambang muka kanak-kanak: simbol keceriaan di tadika inspira permata.
Sasaran Pasaran
Kami mensasarkan Tadika Inspira Permata ini kepada semua ibu bapa atau penjaga yang mempunya anak-anak berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun yang tinggal di kawasan berhampiran dan perumahan di sekitar kawasan.



Waktu Operasi
Bermula dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari (ibu bapa digalakkan untuk menghantar anak mereka pada jam 7.45 pagi bagi memudahkan pembantu mengawal kanak-kanak dan bersedia untuk sesi pembelajaran pada setiap hari isnin hingga jumaat)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved Tadika Inspira Permata Edited by Caersasuke