Khamis, 12 Disember 2013

video lagu kanak-kanak

Lawatan

 Zoo Negara dan muzium




lawatan ke muzium






lawatan ke perpustakaan




Antara Aktiviti Pembelajaran Dan Pengajaran Di Tadika Inspira Permata


1) litter chef








2) play dought







3) mini tanaman







Organisasi

NAMA GURU BESAR/ PENGURUS: MUHAMMAD NUH BIN MOHD ZABIDI
UMUR: 30 TAHUN
STATUS: BERKAHWIN
KELULUSAN AKADEMIK:
1. IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN  AWAL KANAK-KANAK, UPSI
2. DIPLOMA PERNIAGAAN, UPM

KURSUS YANG PERNAH DIHADIRI:
1. KURSUS KEUSAHAWANAN
2. KURSUSU BIRO TATANEGARA


PENGALAMAN: BERKERJA SEBAGAI PENOLONG PENGARAH PUSAT KEBAJIKAN MASYARAKAT


NAMA PENYELIA: NOR IRYANNIE BINTI TELEY

UMUR: 29 TAHUN
STATUS: BERKAHWIN
KELULUSAN AKADEMIK:
1. IJAZAH PENDIDIKAN KUANSELING, UPSI
2. DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK UNIRAZAK
KURSUS YANG PERNAH DIHADIRI:
1. KURSUS KEUSAHAWANAN
2. KURSUS KEPIMPINAN
PENGALAMAN: PERNAH MENGAJAR DI SEKOLAH RENDAH DI PERAK SELAMA 2 TAHUN

PEKERJAAN SEKARANG: GURU TADIKA




NAMA GURU: NURUL SYAHIRA BINTI AHMAD NAZRE
UMUR: 27 TAHUN

STATUS: BUJANG
KELULUSAN AKEDEMIK:
1.     IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN   AWAL KANAK-KANAK, UPSI
2.     DIPLOMA PERNIAGAAN, UITM
KURSUS YANG PERNAH DIHADIRI: 
  • KURSUS KEUSAHAWANAN
  • KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT
PEKERJAAN SEKARANG: GURU TADIKA






NAMA GURU: HASLINDAH BINTI YUSOFF
UMUR: 29 TAHUN
STATUS: BUJANG
KELULUSAN AKEDEMIK:
  • IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK, UPSI
  • DIPLOMA PERNIAGAAN, UITM
KURSUS YANG PERNAH DIHADIRI: 
1. KURSUS KEUSAHAWANAN
2. KURSUS PENJAGAAN KANAK-KANAK 

PEKERJAAN SEKARANG: GURU TADIKA




NAMA GURU: NOR SARIMAH BINTI ABU
UMUR: 34 TAHUN
STATUS: BERKAHWIN
KELULUSAN AKEDEMIK: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SPM

KURSUS YANG PERNAH DIHADIRI: 
1. KURSUS PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN TASKA (TAHAP 1,2, DAN 3)
2. BENGKEL KEMAHIRAN PENGASUH TASKA
3. KURSUS UNTUK PENGUSAHA TASKA DI RUMAH

PEKERJAAN SEKARANG:  PEMBANTU TADIKA

Menu Makanan






Pakaian Seragam

pakaian seragam untuk kanak-kanak lelaki

pakaian seragam untuk kanak-kanak perempuan

pakaian sukan


borang Kemasukan

SILA PENUHKAN KOTAK DENGAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN ATAU
MASUKKAN TANDA ' - ' UNTUK YANG TIDAK BERKENAAN

MAKLUMAT MURID
Nama Murid : 

Tarikh Lahir :               Bulan :      Tahun : 

No Sijil Kelahiran : 

Jantina :                              Tempat Lahir : 

Bangsa :               Agama : 

Rekod Kesihatan :   

Jika Ada ( Sila Nyatakan ) :

MAKLUMAT IBU/BAPA/PENJAGA
Nama Bapa/Penjaga :    No KP : 

Pekerjaan :                        No. Telefon (Rumah) : 

No. Telefon (Bimbit) :    No Telefon (Pejabat) : 

Pertalian dengan murid : 


Nama Ibu :         No KP : 

Pekerjaan :        No. Telefon (Bimbit) : 

No Telefon (Pejabat) : 

Alamat Rumah :


Email: 

NAMA ORANG YANG DIBERI KEBENARAN UNTUK MENGHANTAR DAN MENGAMBIL MURID
Nama 1 :                              No KP : 

No Telefon (Bimbit) :     Pertalian : 


Nama 2 :                              No KP : 

No. Telefon (Bimbit) :    Pertalian : 

p/s: borang boleh didapati di pejabat Tadika Inspira Permata

Pakej Pendaftaran Tadika Inspira Permata

Tadika inspira permata menguruskan pangajaran dan pembelajaran yg kondusif. Setiap anak akan didedahkan dengan pengalaman yg menyeronokkan serta menjadi tauladan menuju kematangan minda mereka. Guru yang  terlatih menjadi jaminan kepada satu sistem yg benar-benar memberi kesan terhadap anak-anak. Kami memastikan anak-anak  yg dihantar ke Tadika inspira permata  ini berada dlm suasana yg  kondusif serta mendapat jagaan dan bimbingan yang terbaik sepanjang ibubapa mereka keluar menjalankan tugas seharian.
MAKLUMAT PENDAFTARAN:
a)Yuran Pendaftaran   :RM20.00
b)Yuran Bulanan : RM250.00
c)Yuran Aktiviti Tahunan  :RM20.00
d)T-shirt Tadika (1 helai)  :RM15.00
e)Buku Log   :RM18.00

SILA HUBUNGI KAMI :
Yuran atau bayaran perkhidmatan bagi program-program Tadika Inspira Permata adalah kompetitif. Sila berhubung dengan pihak kami untuk mendapatkan keterangan lanjut:
Tadika Inspira Permata
54 I Jalan Permai Taman Perkota, Hang Tuah Jaya, 75350 Melaka, Melaka.
Tel:   605 545 7697
Email : ediaema@gmail.com


Lagu Rasmi Tadika Inspira Permata

Kami Murid-Murid
Tadika Inspira Permata
Mencari Cahaya Ilmu
Penyuluh Hidup
Menjadi Anak Wawasan
Terus Maju Dengan Kejayaan
Terima Kasih Guru
Menabur Bakti Dan Ilmu
Kami Bijak Belajar
Kami Bijak Berilmu
Kami Bijak Berjaya
Itulah Anakku Bijak
Belajar,Berilmu,Berjaya

Bijak........!!!!!!!

Rabu, 11 Disember 2013

Plan Lantai Kelas Tadika Inspira Permata


Persekitaran tadika inspira permata menyediakan ruang yang selesa, menarik dan kemas untuk membantu merangsang proses pengajaran dam pembelajaran kanak-kanak. Ruang perssekitaran tadika dibahagikan kepada dua, iaitu ruang dalam bangunan dan luar bangunan. Ruang dalam bangunan meliputi ruang  bilik darjah, penyediaan makanan(dapur) dan bilik air.

Ruang bilik darjah yang akan termasuklah saiz kelas, pusat-pusat pembelajaran, jenis perabut, lantai, warna dinding,  jumlah pencahayaan dan bilangan tingkap. Kesemua faktor tersebut mempengaruhi kebolehan pembelajaran kanak-kanak. Ruang luar bangunan pula adalah persekitaran luar bilik darjah termasuklah:

Ø  Pusat mainan pasir
Ø  Pusat permainan luar
Ø  Pusat peliharaan haiwan
Ø  Pusat tanaman

Ruang dalam bilik darjah tadika inspira permata dibahagikan kepada pusat pembelaharan tertentu bagi membolehkan:
  1.   Kanak-kanak nampak lebih jelas pilihan ruang bagi menjalankan aktiviti tertentu. Contohnya, pusat estetika dan daya kreatif bagi menjalankan aktiviti seni dan kraf.
  2.  Pusat tersebut boleh digunakan bagi mempamerkan dan menyimpan alatan yang bersesuaian. Contohnya, alat perrmainan blok disimpan di rak pusat manipulatif.
  3.  Kanak-kanak dapat memilih ruang kegemaran mereka semasa mereka menjalankan aktiviti bebas.
ruang untuk belajar yang selesa

Pusat pembelajaran yang ada dalam kelas tadika inspira permata ialah:
v Pusat bahasa
v Pusat manipulatif
v Pusat dramatik
v Pusat seni dan kreatif
v Pusat kognitif
v Pusat teknologi
v Pusat perbualan pagi.


Sudut bahasa

Ia merangkumi pusat bacaan dan bercerita. Sudut  bahasa di kelas tadika inspira permata  penting kerana :
1.     Meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi kanak-kanak
2.     Berinteraksi dengan bahan bacaan, bahan bergambar dan bahan bercetak.
3.     Menambahkan perbendaharaan kata dan mengukuhkan kemahiran bahasa.
4.      Memupuk minat membaca dan sayangkan buku.

Peralatan yang diperlukan untuk sudut  bahasa kelas prasekolah adalah :
       i.            Rak buku untuk buku cerita, buku bergambar, buku besar, buku bersiri dan ensiklopedia.

     ii.            Kad bacaan seperti kad huruf, kad sukukata, kad perkataan, kad cantum, kad imbasan dan kad bergambar.




Sudut sains dan teknologi.

Sudut sains kadangkala dipanggil sudut penerokaan tempat di mana kanak-kanak meneroka, membuat penemuan, menilai dan membuat keputusan tentang bahan dan peralatan. setiap kanak-kanak boleh membuat penemuan. Sediakan alatan dan bahan yang sesuai yang akan membolehkan mereka membuat percubaan. Alatan tidak perlu yang canggih, contohnya dengan alat seperti kanta pembesar kanak-kanak boleh memerhatikan air, bayang-bayang, matahari, langit, bumi dan membuat penemuan sendiri selepas pemerhatian. Contoh alat untuk sudut sains ialah:
·        Alat pengukur seperti pembaris, peta, timbang, penimbang berat badan, sudu besar atau kecil, cawan atau sudu pengukur dan alat mengukur suhu.
·        Alat-alat lain seperti kanta pembesar, alat mudah (seperti roda, skru, spring), bateri, tembikar, mangkuk, jam, glob, cermin, kompas, teropong, lampu picit, telefon dan akuarium.

Sudut dramatik.


Sudut dramatika biasanya mempunyai dapur bersaiz kanak-kanak, peralatan seperti kuali, periuk, peti sejuk, mop, penyapu, sudu dan garpu, pinggan dan mangkuk, dan juga telefon. Peralatan tambahan pula biasanya pakaian, anak patung, dan cermin. Kotak props disediakan untuk membolehkan kanak-kanak mengembangkan aktiviti kerjaya. Semasa mengumpul bahan untuk kotak props perlu diingat bahan matematik dan literasi, props binaan, tiket dan duit olok-olok disusun atau disimpan dengan baik .



Pusat Kognitif dan Manipulatif


Pusat Kognitif penting kerana ia dapat meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak  dan menyokong pembelajaran matematik melalui aktiviti pra-matematik dan pengukuran. Selain itu, ia berfungsi untuk menyokong pembelajaran asas sains melalui aktiviti pengelasan, perbandingan, pemerhatian dan eksperimen. Peralatan yang diperlukan adalah kanta pembesar, teropong, kitaran hidup haiwan.




Pusat Manipulatif di kelas tadika inspira permata berfungsi sebagai meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak, meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan diri dan menggalakkan kanak-kanak bekerja dalam kumpulan. Ini disebabkan kanak-kanak akan sibuk bergerak dn berinteraksi ketika menjalankan aktiviti di pusat ini. Antara peralatan yang diperlukan oleh pusat ini ialah blok yang pelbagai bentuk, papan aktiviti, manik mengira, peralatan dapur, puzzle dan rak menyimpan barang.






Pengenalan


Pengenalan
Tadika kami menyediakan perkhidmatan didikan dan bimbingan kepada kanak-kanak dalam merealisasikan matlamat tadika ini serta tujuan ibu bapa menghantar anak mereka ke tadika ini. Antara faktor yang membawa kepada penubuhan tadika ini ialah memenuhi permintaan negara terhadap kanak-kanak yang berkualiti untuk menjadi pembangun negara pada masa hadapan. Oleh itu, penubuhan tadika ini merupakan satu proses untuk menyahut seruan negara dalaam melahirkan generasi yang bijak.

Logo/Lencana Tadika Inspira  


                                 Definisi logo

  • 'berakhlak, berilmu, dan kreatif' membawa maksud iltizam warga pendidik untuk membentuk salsiah diri murid.
  • warna biru: melambangkan ikatan perpaduan yang harmoni, aman damai dan sentosa biarpun warganya berbilang kaum.
  • lambang muka kanak-kanak: simbol keceriaan di tadika inspira permata.
Sasaran Pasaran
Kami mensasarkan Tadika Inspira Permata ini kepada semua ibu bapa atau penjaga yang mempunya anak-anak berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun yang tinggal di kawasan berhampiran dan perumahan di sekitar kawasan.



Waktu Operasi
Bermula dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari (ibu bapa digalakkan untuk menghantar anak mereka pada jam 7.45 pagi bagi memudahkan pembantu mengawal kanak-kanak dan bersedia untuk sesi pembelajaran pada setiap hari isnin hingga jumaat)

Lokasi

  1. Nama Tadika: Tadika Inspira Permata
  2. Alamat Tadika: 54 I Jalan Permai Taman Perkota, Hang Tuah Jaya, 75350 Melaka, Melaka.
  3. Nombor Telefon: 06-1234567
  4. Bentuk Perniagaan: tunggal
Peta ke Tadika Inspira Permata:



Objektif

-Mempunya sifat peribadi, perwatakan, dan berkonsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik
-Menggunakan bahasa malaysia dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi
-Menggunakan bahasa inggeris dalam berinteraksi seharian selaras dengan kededekannya sebagai bahasa kedua
membentuk asas perkembangan ke tahap optimum dari segi intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani
-Membentuk personaliti positif dan berakhlak mulia berdasarkan ajaran islam yang kukuh
-Mempunya kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah
-Membentuk daya kreativiti dan nilai estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya

Matlamat

Pendidikan Tadika Inspira Permata ini bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikip positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

Selasa, 10 Disember 2013

Moto

Go, Go, Go kami Boleh! 'merupakan satu kata semangat bagi murid-murid Tadika Inspira Permata dimana "boleh" dari segi
-Boleh belajar dengan bersemangat
-boleh mengikut apa yang disampaikan oleh guru
-boleh berdikari
-boleh dari segi JERI(jasmani, emosi, rohani, intelek)

Misi

Mewujudkan sistem pengurusan Tadika Inspira Permata yang baik untuk pengajaran dan pembelajaran ke arah menghasilkan pelajar yang mempunya kecemerlangan ilmu, berbudi pekerti, penyayang dan bersahsiah bagi melahirkan bakal pemimpin, ahli-ahli profesional dalam pelbagai bidang.

visi

Melahirkan insan yang berilmu, kreatif, bijak dan berakhlak mulia.
Copyright© All Rights Reserved Tadika Inspira Permata Edited by Caersasuke